Mengapa perlu belajar sejarah?
3 min read
Mengapa perlu belajar sejarah?Ha! persoalan macam ni mesti pernah timbul dalam kepala korang kan? Semah dulu masa sekolah pun sama jugak. Macam yang Semah pernah cakap sebelum ni la, kalau nak memupuk minat dalam matapelajaran sejarah korang kena tahu dulu kepentingannya dan kenapa nak kena belajar. Bila benda-benda macam ni dah jelas dalam otak korang barulah senang nak belajar sejarah.Sebenarnya dalam hidup korang, hari-hari korang perlukan sejarah sama ada secara sedar atau pun tidak. Bila korang tak tau sejarah, tu la yang mula muncul benda-benda negatif seperti pergaduhan antara kaum, mempersoalkan perkara-perkara sensitif dan macam-macam lagi.Mula-mula dulu Semah fikir, eh apasal Semah kena belajar sejarah? dah lepas tu dah la, buat apa nak ingat-ingat, proceed sudah!Tapi bila Semah fikir-fikir balik baru Semah faham, betul la kata-kata yang menyatakan”Mereka yang melupakan sejarah akan cenderung mengulanginya”. Kata-kata ni
sama la macam yang mak ayah atok nenek korang suka cakap tu, “aku dah makan garam dulu “. Maksudnya apa yang kita lalui hari ini, mereka dah lalui sebelumnya. So kalau korang belajar dan faham sejarah boleh la korang mengelakkan perkara-perkara yang tak baik. The even more you learn about the past, the much better ready you are for the future. Semua ilmu pengetahuan di dunia ini memerlukan sejarah, tak kisahla matematik ke, sains ke, bahasa ke, geografi ke. Eh banyak plak”ke”!Eh Semah apa ke hal subjek lain perlukan sejarah?Ha tula korang tak tahu, ingat subjek-subjek lainyang korang belajar tu baru wujud ke zaman moden ni? Jangan nak perasan!Benda ni semua dah wujud sejak zaman tamadun awal lagi hokey! Nak gali semua ilmu tu, kena la belajar
sejarah. Rekod-rekod lama tu tentang ilmu matematik, ilmu sains tu semua bukan datang bergolek macam tu je ya. Asas pengetahuan tu semua dari zaman dahulu lagi. Siapa kata zaman dulu tak penting? siapa kata sejarah ni pasal orang yang dah tak ada?So kesimpulannya, belajar sejarah menjadikan anda lebih bijak! sebab anda dah tahu banyak perkara. Anda hanya perlu menambah baik pengetahuan sedia ada untuk menjadikan diri anda terbaik pada masa kini.Actually dalam silibus sejarah tingkatan 1 ada diterangkan mengenai kepentingan mempelajari sejarah. Iaitu: Mengenal asal usul mempelajari akan membolehkan kita mengenal asal usul keluarga dan negara kita juga dapat memahami adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa contohnya : kita dapat mengetahui bagaimana wujudnya kepelbagaian kaum di Malaysia dan kemunculan pelbagai jenis budaya Mengambil iktibar melalui sejarah kita dapat mengambil
iktibar di atas peristiwa lalu mereka yang tidak mempelajari sejarah tergolong dalam kalangan mereka yang rugi kerana berkemungkinan mengulangikesilapan masa lalu
- Memupuk semangat patriotisme pembelajaran sejarah mampu membangkitkan perasaan untuk menghargai warisan negara warisan negara wajar dipelihara untuk dihayati oleh generasi masa hadapan sifat menghargai warisan negara dapat menyemai rasa cinta akan negara serta menaikkan semangat patriotik Mengukuhkan perpaduan



